SUNTIKAN UBATAN IVF
Assalamualaikum... segala puji bagi Allah
3 bulan menunggu sebelum memulakan rawatan IVF tak banyak yang saya lakukan. Saya hanya mengamalkan doa2 untuk mendapatkan zuriat seperti biasa. Di samping itu juga saya mengikuti forum IVF anjuran Sunfert clinic. Segala persoalan dan pertanyaan berkaitan IVF saya salurkan dalam forum tersebut. Ini banyak membantu saya lebih memahami tentang prosedur yang akan dilakukan.
NEXT APPT😊
Seperti yang telah diaturkan oleh Dr Tham, saya dikehendaki untuk memaklumkan pada klinik O&G seminggu sebelum tarikh jangkaan period. Pada temujanji tersebut, Dr Tham telah memprekripsikan ubat injection Foliculin selama 10 hari. Ubat ini dibekalkan dari pihak hospital dan tidak perlu dibayar atas arahan dari Dr Tham. Sekiranya ubatan di bawah susulan klinik swasta, bayaran bagi ubatan ini pastinya mahal. Ubatan Foliculin ini juga perlulah di jaga suhunya iaitu 2-8 darjah celcius dengan meletakkan ubat ini di dalam kotak yang berisi ais.
Selain itu juga saya diminta untuk membeli ubat injection Suprefact dari Sunfert Klinik. Kos untuk ubat ini adalah RM335. Sama seperti ubat Foliculin, ubat Suprefact juga memerlukan kotak ais untuk memastikan suhu ubat terjaga. Jadi jangan lupa untuk bawa kotak ais bersama yer.
Kedua-dua ubat ini akan digunakan ketika hari pertama period dan hari2 seterusnya mengikut arahan doktor. Tujuan ubat ini adalah untuk merangsang ovari menghasilkan ovum(telur). Dan transvaginal scan (tvs) akan dilakukan mengikut jadual untuk melihat perkembangan ovum.
HARI PERTAMA PERIOD 😖
11 Julai 2017
Saya telah diarahkan untuk ke Klinik O&G terlebih dahulu untuk menjalani ujian TVS. Bagi yang tertanya-tanya, YA ujian TVS ini adalah scan melalui vagina dan mungkin akan ada sedikit rasa sakit kerana scan dilakukan ketika saya sakit senggugut. Tapi scan ini hanya mengambil masa 5minit sahaja. Jadi bersabarlah. Keputusan scan kali pertama hanya sebagai baseline untuk melihat perkembangan ovum. Selepas itu keputusan scan akan disemak oleh Dr Tham dan saya dirahkan untuk memulakan suntikan ubat untuk hari pertama iaitu ubat Suprefact sahaja. Ubat suntikan ini perlu disuntik secara subcutaneous. Jadi mudah untuk saya melakukan suntikan di perut.
12 Julai 2017
Pada hari ke-2 period, suntikan Foliculin dimulakan bersama-sama suntikan Suprefact. Kedua-dua suntikan ini perlu dilakukan pada waktu antara 10 pagi - 1030 pagi dan suntikan ini diteruskan hingga hari ke-7.
17 Julai 2017
Pada hari ke-7, doktor mengarahkan saya menjalani ujian TVS terlebih dahulu untuk melihat perkembangan size ovum. Selepas scan dilakukan kedua-dua suntikan diambil seperti biasa. Kemudian, Dr Tham telah mengarahkan saya untuk mengulangi ujian TVS pada hari yang ke-9 dan suntikan diteruskan hingga next scan.
19 Julai 2017
Pada hari ke-9, ujian TVS dilakukan seperti yang diarahkan. Ketika scan dilakukan saya dapat melihat terdapat lebih dari 10 biji ovum sedang membesar mengikut saiz yang dikehendaki dan semua dalam keadaan baik seperti yang dirancang. Perasaan ketika itu tertanya-tanya bila waktu yang sesuai untuk ovum ini diambil. Setelah disemak oleh Dr Tham, tarikh untuk Ovum PickUp (OPU) telah ditetapkan pada hari ke-12 dan jika semua berjalan lancar seperti yang dirancang Embryo Transfer (ET) akan dilakukan pada hari ke-15. Kedua-dua prosedur ini akan dijalankan di Sunfert Klinik Ipoh. Beberapa persediaan awal perlu dilakukan dan beberapa jenis ubat telah dibekalkan untuk kegunaan sebelum dan selepas OPU.
Sementara itu suntikan ubat Suprefact dan ubat Foliculin terakhir akan disuntik pada hari ke-10.
Setakat ini dahulu, saya akan sambung cerita seterusnya berkenaan OPU.
Sekian, Wassalam. 😊
Rabbi yassir wala tuassir
Rabbi tammin bil khair. 💐
Ulasan
Catat Ulasan