Permulaan rawatan IVF

Assalamualaikum.. segala puji bagi Allah.

Memiliki anak merupakan impian setiap pasangan berkahwin sebagai pelengkap dalam sebuah rumahtangga. Namun proses kehamilan, melahirkan dan membesarkan anak bukan sesuatu yang mudah. Bermula dengan proses kehamilan, tidak semua pasangan mudah dalam mencapai keinginan untuk memiliki anak. Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun lama untuk memilikinya. Tidak cukup dengan itu pelbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan dan dilalui agar usaha mereka berhasil.

Saya salah seorang daripadanya. Telah berkahwin selama 7 tahun. Tiada masalah gynaecologi untuk saya dan suami. Pelbagai rawatan telah dilalui namun gagal jua hamil. Tapi usaha tetap diteruskan tanpa rasa jemu kerana kami percaya selagi ada jalan yang belum pernah dicuba. Kami akan usaha selagi mampu.

 7 tahun bukanlah masa yang singkat. Saya telah berusaha pelbagai rawatan baik dari tradisional mahupun perubatan moden antaranya berurut, perubatan Islam, pengambilan ubatan hormon dan perubatan melalui IUI. Saya juga mengamalkan pemakanan yang baik untuk segera hamil. Pantang larang seperti nenas, betik, air bergas dan banyak lagi saya amalkan dengan harapan jika saya hamil tidak ada perkara yang boleh mengganggu kandungan saya. Namun semua usaha saya ini tetap gagal. Saya hampir2 putus asa untuk terus berusaha lagi sehingga rakan saya mendoakan untuk saya segera hamil di depan Kaabah. Selepas itu hati saya terbuka untuk tidak putus asa dan terus berusaha lagi.

Jika sebelum ini doktor2 saya semuanya doktor perempuan. Tapi kali ini saya nekad untuk mencari doktor yang terbaik di Ipoh tidak kira doktor lelaki atau perempuan. Saya dan suami telah sepakat untuk berjumpa Dr Haris Tham Seong Wai iaitu seorang pakar reproduktif Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPBI). Tujuannya adalah untuk  mendapatkan rawatan IVF (In vitro Fertilization) atau bahasa mudah difahami rawatan bayi tabung uji daripada Dr Tham. 

Bagaimana  permulaan untuk mendapatkan rawatan dibawah jagaan Dr Tham???
Mula2 saya dapatkan surat rujukan melalui tempat saya bekerja (Emergency Department). Surat rujukan ini sebenarnya boleh didapati juga melalui Klinik2 Kesihatan atau mana2 klinik. Bawa surat ini ke klinik O&G HRPBI dan dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu.

Pada hari pertama temujanji, seperti biasa soal selidik tentang latar belakang diri, perkahwinan dan kesihatan suami dan isteri akan dilakukan. Semua ini penting sebagai maklumat perubatan kita. Pada hari itu juga saya ditemukan dengan Dr Tham dan dia bertanyakan apakah arahtuju perubatan saya. Saya dengan terus terang memberitahu tujuan saya adalah untuk menjalani rawatan IVF dibawah jagaan Dr Tham. Segala nasihat dari Dr Tham telah diberi dan tarikh temujanji baru berkenaan rawatan IVF akan dimulakan. Selain itu juga doktor menasihati saya agar melakukan ujian pap smear untuk memastikan kesihatan rahim saya berada dalam keadaan baik. Ujian darah hormon juga diperlukan iaitu pada hari ke-2 period dan hari ke-21. Ujian darah ini boleh dilakukan di hospital kerajaan. 
Untuk si suami pula ujian analisis semen(air mani) diperlukan bagi mengenalpasti kesihatan sang suami. Ujian analisis semen untuk suami saya telah dilakukan di Sunfert Ipoh dimana bayarannya sebanyak RM150. Keputusan ujian ini boleh diperolehi pada hari yang sama dan akan dibawa pada hari temujanji seterusnya.


NEXT APPT😊

Temujanji kali ini adalah sebagai perkenalan awal bagi pasangan2 yang akan melakukan rawatan IVF. Taklimat berkenaan proses rawatan telah diterangkan 1 demi 1 oleh Dr Tham. Ini semua termasuk berkenaan ubatan hormon yang  akan diberi, gambaran prosedur yang akan dilakukan, tempat rawatan dan kos setiap ubatan dan prosedur tersebut. 1 kertas plan rawatan(planner) akan diberi kepada setiap pasangan dimana kertas tersebut terdapat semua maklumat penting sepanjang  menjalani rawatan. Sesi temujanji ini berakhir dengan keputusan suami isteri untuk menetapkan tarikh bila rawatan hendak dimulakan. Setelah berbincang saya dan suami telah sepakat untuk memulakan rawatan selepas raya anggaran masa 3 bulan dari hari tersebut. Ini sangat penting kerana kos perubatan keseluruhan yang perlu disediakan adalan anggaran RM10000. Jadi alhamdulillah 3 bulan itu  juga sudah cukup untuk saya dan suami untuk melakukan persediaan dari segi kewangan, fizikal dan mental sebelum rawatan dimulakan. 

Setakat ini dulu. Saya akan sambung lagi berkenaan temujanji saya seterusnya.
Wassalamualaikum.


Rabbi yassir wala tuassir 
Rabbi tammin bil khair. 👐


Ulasan

  1. westcott scissors titanium - Titanium-arts.com
    Titanium-arts.com micro hair trimmer - joico titanium Home | titanium dab tool Titanium-arts.com - Your source for remmington titanium the best TITanium-arts titanium bar products.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNTIKAN UBATAN IVF