Catatan

SUNTIKAN UBATAN IVF

Assalamualaikum... segala puji bagi Allah 3 bulan menunggu sebelum memulakan rawatan IVF tak banyak yang saya lakukan. Saya hanya mengamalkan doa2 untuk mendapatkan zuriat seperti biasa. Di samping itu juga saya mengikuti forum IVF anjuran Sunfert clinic. Segala persoalan dan pertanyaan berkaitan IVF saya salurkan dalam forum tersebut. Ini banyak membantu saya lebih memahami tentang prosedur yang akan dilakukan. NEXT APPT😊 Seperti yang telah diaturkan oleh Dr Tham, saya dikehendaki untuk memaklumkan pada klinik O&G seminggu sebelum tarikh jangkaan period. Pada temujanji tersebut, Dr Tham telah memprekripsikan ubat injection Foliculin selama 10 hari. Ubat ini dibekalkan dari pihak hospital dan tidak perlu dibayar atas arahan dari Dr Tham. Sekiranya ubatan di bawah susulan klinik swasta, bayaran bagi ubatan ini pastinya mahal. Ubatan Foliculin ini juga perlulah di jaga suhunya iaitu 2-8 darjah celcius dengan meletakkan ubat ini di dalam kotak yang berisi ais. Selain...

Permulaan rawatan IVF

Assalamualaikum.. segala puji bagi Allah . Memiliki anak merupakan impian setiap pasangan berkahwin sebagai pelengkap dalam sebuah rumahtangga. Namun proses kehamilan, melahirkan dan membesarkan anak bukan sesuatu yang mudah. Bermula dengan proses kehamilan, tidak semua pasangan mudah dalam mencapai keinginan untuk memiliki anak. Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun lama untuk memilikinya. Tidak cukup dengan itu pelbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan dan dilalui agar usaha mereka berhasil. Saya salah seorang daripadanya. Telah berkahwin selama 7 tahun. Tiada masalah gynaecologi untuk saya dan suami. Pelbagai rawatan telah dilalui namun gagal jua hamil. Tapi usaha tetap diteruskan tanpa rasa jemu kerana kami percaya selagi ada jalan yang belum pernah dicuba. Kami akan usaha selagi mampu.  7 tahun bukanlah masa yang singkat. Saya telah berusaha pelbagai rawatan baik dari tradisional mahupun perubatan moden antaranya berurut, perubatan Islam, pengambilan ubatan ho...